Tuesday, October 11, 2011

Ke TMTC Petang Tadi

11.10.2011, Selasa - Syah sampai di Rawang Residence approx jam 08:00hrs dan petang tadi Syah tak ada di pejabat kerana kami semua ke Kolej Latihan Telekom atau TMTC di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. So sibuk dan tak dapat update blog waktu lunch tadi. Sorry yek? Hari nie ada Program PLD Engagement 3/2011 yang merupakan quarterly program Bahagian tempat kerja Syah dengan kehadiran adalah diwajibkan dan terpaksalah "tutup kedai". Syah tumpang Kak Rose ke TMTC dan balik pula Syah naik teksi ke Stesyen LRT Damai untuk ke Masjid Jamek sebelum ambil bas ke Rawang.


Majlis di mulai dengan persembahan "War Cry" setiap unit termasuk mereka yang berada di Region, By the way program nie dijalankan secara life streamyx ke semua bahagian kami di seluruh Malaysia. Selepas War Cry kami menyanyikan lagu kebangsaan Negara ku diikuti lagu KRISTAL TM dan kemudiannya bacaan doa. Selepas itu our Big-Big Boss Dr Zainal Abu Zarim menyampaikan amanatnya kepada kami, pemberian hadiah & anugerah dan last sekali sebelum makan diadakan sambutan birthday bagi mereka yang lahir dari July - September 2011. Semasa kami makan tiba-tiba terdengar Dr Zainal dan kakitangan lagi menyanyi diatas pentas utama. Selepas makan lebih kurang jam 17:00hrs, Syah terus balik sebab nak kejar bas ke Rawang.

No comments: