Saturday, October 8, 2011

Al-Fatihah Kepada YMM Almarhumah Raja Perempuan Muzwin Perak

08.10.2011, Sabtu - Setiap yang hidup pasti akan meninggalkan kita dan kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka kerana Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Yang Maha ESA. Begitulah juga dengan anakanda-anakanda Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin yang redho dengan pemergian bonda tersayang secara tiba-tiba. Jika kita letakkan diri kita sendiri ditempat mereka, kita juga akan mengalami perasaan yang sama. Kelihatan riak kesedihan diwajah mereka kerana terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang buat selama-lamanya.

Gambar-gambar ini diambil semasa permakaman YMM Almarhumah Raja Perempuan Muzwin Perak semalam di Makam Diraja Al-Ghufran dan jelas kelihatan kesedihan diwajah mereka. Ini adalah anakanda-anakanda Almarhumah bersama Paduka Suami tercinta Marhum Affifullah iaitu dua putera dan dua puteri.

Disebelah atas kiri adalah Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain, YAM Raja Dato' Seri Jamil Ariffin, Isteri kepada DYMM Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah dan YAM Raja Puan Mahkota Perak Raja Dato' Seri Nazhatul Shiman. Sekali lagi Syah merafak sembah takziah kepada anakanda-anakanda dan kaum kerabat Almarhumah diatas kemangkatan ini.

Al-fatihah kepada Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin Perak Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ
Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.

No comments: