12.10.2011, Rabu - Hari ini Al-Sultan Kelantan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V telah mempengerusikan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja yang diadakan di Istana Negara. Mesyuarat hari pertama ini dihadir oleh semua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang dan Terengganu. Pahang diwakili oleh Tengku Mahkota Pahang Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj manakala Terengganu diwakili olah Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel. Kesemua Raja-Raja Melayu dan wakil diiringi oleh Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertuan Negeri-Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi oleh Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang tidak dapat menghadiri mesyuarat Raja-Raja Melayu pada kali ini.
No comments:
Post a Comment