14.10.2011, Jumaat – Malam tadi telah diadakan buat julung kalinya Forum Perdana Ehwal Islam Diraja sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-225 bertempat di Istana Malawati, Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman, Yang di-Pertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang DiPertua Negeri-Yang DiPertua Negeri, menteri-menteri kabinet serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Majlis ini bersiaran secara langsung di TV 1 membawa topik “Agama Dijunjung, Raja Disanjung” yang menyentuh peranan raja-raja dan pemerintah dalam memelihara agama Islam sebagai agama rasmi Negara dan hubungan antara para ulama dan pemimpin negara.
Anggota panel forum adalah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia Datuk Wan Mohamad Seikh Abdul Aziz dan Timbalan Ketua bahagian Penasihat (Syariah) Jabatan Peguam Negara manakala moderator forum adalah Zakaria Othman. Forum ini merupakan anjuran bersama JAKIM, Istana Negara, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan serta RTM.
Nota : Gambar dari Bernama
No comments:
Post a Comment