04.10.2011, Selasa - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia 2011 di Istana Negara pagi tadi. Seramai 287 anggota tentera daripada pelbagai pangkat mendapat pengiktirafan pada hari ini daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Diantarnya adalah Pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat kepada Janeral Pemerintah Tentera Udara Filipina, Lieutenant General Oscar H Rabena dan Pemerintah Angkatan Tentera Diraja Brunei, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin manakala Pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) dikurniakan kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud (TUDM).
Kelihatan Tuanku Mizan menganugerahkan PGAT Kehormat kepada Lieutenant General Oscar H Rabena. Turut serta dalam istiadat ini adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud. Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima-penerima pingat semuga dapat terus membanting tulang mengawal keselamatan dan kedaulatan Negara..............Jasa Mu Di Kenang.
Nota - Gambar dari Bernama
No comments:
Post a Comment