Friday, October 14, 2011

Raja Bhutan Mengakhiri Zaman Bujangnya



14.10.2011, Jumaat - Pada 13.10.2011 lepas telah diadakan perkahwinan diraja di Bhutan yang merupakan sebuah negara terpencil di pergunungan Himalaya yang dikatakan sebagai sebuah tempat yang paling mengembirakan di dunia dengan kapisiti penduduk sebanyak 700,000 orang. Istiadat perkahwinan disiarkan secara langsung oleh stesyen TV ke seluruh Bhutan. Negara ini mempunyai siaran Telivision hanya pada tahun 1999, tidak mempunyai lampu trafik dan hanya terdapat tiga kelinik gigi sahaja dan baru-baru ini dilaporkan escalator (tangga elektrik) yang pertama telah dipasang di Bhutan.


Perkahwinan Diraja ini merupakan perkahwinan Raja Bhutan sendiri iaitu King Jigme Khesar Namgyle Wangchuck atau dikenali sebagai "Dragon King ke-5" dengan seorang rakyat biasa Jetsun Pema yang berusia 21 tahun dan anak kepada seorang juruterbang. Pasangan pengantin mengenakan busana tradisi Bhutan yang dikenali sebagai Kira yang memerlukan masa selama tiga tahun untuk ditenun. Istiadat diadakan di Punnakha Dzong, Punnakha, Bhutan ditempat dimana baginda dimahkotakan sebagai Raja Bhutan pada 2008. Pada hari berkenaan diistiharkan sebagai cuti umum seluruh Bhutan. Istiadat Perkahwinan diadakan mengikut adat istiadat dirja Bhutan dan penuh dengan warna warni yang mengambarkan tradisi budha mereka.


Majlis perkahwinan ini dihadiri oleh kerabat diraja Bhutan, Pegawai-Pegawai kerajaan dan penduduk tempatan sahaja dan tiada tetamu dari kerajaan luar dijemput untuk istiadat ini. King Jigme, ayahandanya dan beberapa orang sami yang dikenali sebagai Je Khenpo kelihatan memasuki makam suci Zhabdrung yang merupakan kawasan larangan yang tidak dibenarkan sesiapun memasukinya kecuali mereka sahaja. Kemudiannya Ayahanda King Jigme menyerahkan lima pasang selindang (scarf) pelbagai warna sebagai restu daripada makam suci nenek moyang mereka kepada Jetsun. Jetsun kemudiannya menuju ke Singahsana Emas Diraja dengan membawa mangkuk wain yang berisi air minuman untuk "perhubungan yang kekal abadi dan berpanjangan" untuk diserahkan kepada suaminya untuk diminum.


King Jigme kemudiannya turun dari singahsana emasnya yang terletak dihadapan sebuah patung buda emas yang besar dan selepas meminum minuman tersebut baginda meletakkan mahkota yang diperbuat dari sulaman sutera di kepala permaisurinya sambil sami-sami budha membacakan doa diikuti paluan muzik tradisional Bhutan. Kemudiannya Je Khenpo menyerahkan hadiah berupa Cermin, Dadih, Rumput dan Kerang Besar simbolik untuk dipanjangkan umur, kebijaksanaan, kesucian dan kesejahteraan.Dengan perkahwinan ini Jetsun Pema bergelar Queen Jetsun Pema.


King Jigme ditabalkan sebagai raja menggantikan ayahandanya yang turun tahta pada 2008 bagi memberi laluan kepada baginda mengimplementasikan pemerintahan secara demokrasi di Bhutan dengan idea-idea yang baru sebagai seorang yang mendapat pendidikan di Oxford, United Kingdom. Sekarang baginda berusia 31 tahun dan merupakan seorang raja termuda memerintah didunia buat masa ini.

No comments: