09.10.2011, Ahad - Siapa kata perempuan berusia lanjut tak layak untuk berkahwin ? Salah seorang wanita aristokrat terkaya di Eropah, The Most Excellent The Duchess of Alba de Tormes atau lebih dikenali dengan panggilan Dutchess of Alba yang berusia 85 tahun telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang lelaki yang berusia 24 tahun lebih muda dari usianya. Pada awalnya perkahwinan ini telah mendapat tentangan daripada anak-anak beliau dan keluarga diraja Spanyol tetapi segala kekusutan itu dapat direlaikan apabila beliau mengambil langkah membahagikan harta-hartanya pada Julai lepas kepada enam orang anaknya sehingga membawa kepada penyatuan diantara dua hati yang sedang dilamun cinta ini. Raja Spanyol, King Juan Carlos juga telah memberikan restu baginda kepada pasangan ini untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri.
Istiadat perkahwinan diantara Duchess of Alba dan Alfonso Diez Carabantes diadakan di Palacio de las Dueñas atau lebih dikenali sebagai Palace of The Dukes of Alba di Seville, Spanyol pada 05.10.2011 lepas. Gambar menunjukkan Duchess of Alba menari tenggo bersama suaminya selepas Istiadat Perkahwinan mereka. Mengikut Guinness World Records, Dutchess of Alba atau nama sebenarnya Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y Silva merupakan salah seorang kerabat diraja didunia yang menerima banyak gelaran rasmi iaitu lebih daripada 40 gelaran yang mendahului gelaran-gelaran yang diterima oleh Baginda Queen Elizabeth II dari Great Britain. Kekayaan Duchess of Alba merangkumi Istana-Istana Purba Sepanyol, Koleksi lukisan-lukisan karya Velazquez dan Goya serta Hartanah yang dianggarkan bernilai 600 million hingga 3.5 billion euros.
Perkahwinan ini telah mendapat liputan meluas media di Spanyol sehinggakan beranda sebuah bangunan yang mempunyai pemandangan terbaik menghadap pintu masuk Istana telah disewa oleh sebuah syarikat Tv dengan kadar 8,000 euros sepertimana yang dilaporkan oleh El Mundo newspapers. Duchess of Alba pernah membuat kenyataan berhubung bakal suaminya "I have stood alone with this plan, and everyone was against it until they realized the high caliber he is," .
Duchess of Alba berkahwin buat pertama kalinya pada 1947 dengan Don Pedro Luis Martinez de Irujo y Artacozan iaitu putera kepada Duke of Sotomayor. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan diraja terhebat pernah berlaku di Spanyol sehingga mengatasi populariti perkahwinan Princess Elizabeth (Queen Elizabeth II) yang berlangsung sebulan selepas perkahwinan mereka. Perkahwinan ini bertahan selama 25 tahun sebelum mendiang suaminya meninggal dunia akibat kanser. Keenam-enam anak beliau adalah hasil daripada perkahwinan pertama ini.
Duchess of Alba berkahwin semula pada 16.03.1978 dengan Jesús Aguirre y Ortiz de Zárate yang merupakan seorang Doktor dan bekas Padri yang 11 tahun lebih muda dari usia beliau. Perkahwinan ini bertahan selama 23 tahun sebelum mendiang meninggal dunia pada tahun 2001. Aguirree dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan anak-anak tirinya sehingga menguruskan Alba Estate bersama anak tirinya Carlos. Setelah hidup bersendirian selama hampir 10 tahun akhirnya Duchess of Alba mengambil keputusan untuk berkahwin semula. Desas-desus hubungan Duchess dan Alfonso Diez Carabantes mula diperkatakan semenjak 2008 lagi.
Alfonso yang berusia 61 tahun akan meninggalkan perkhidmatannya sebagai kakitangan kerajaan setelah perkahwinan ini dan akan menetap bersama isteri tercinta di Palacio de las Dueñas yang merupakan sebuah Istana yang mempunyai rekabentuk Renaissance dibina pada akhir abad ke-14. Duchess of Alba memaklumkan dalam kenyataannya "I am a practicing Roman Catholic, that's why I'm marrying for a third time, unfortunately my two previous husbands died".
Putera-puteri Duchess of Alba adalah :-
1. Carlos Fitz-James Stuart -14th Duke of Huéscar
2. Alfonso Martínez de Irujo - 15th Duke of Aliaga
3. Jacobo Fitz-James Stuart - 23rd Count of Siruela
4. Fernando Martínez de Irujo - 11th Marquis of San Vicente del Barco
5. Cayetano Martínez de Irujo - 13th Count of Salvatierra
6. María Eugenia Martínez de Irujo - 12th Duchess of Montoro
3. Jacobo Fitz-James Stuart - 23rd Count of Siruela
4. Fernando Martínez de Irujo - 11th Marquis of San Vicente del Barco
5. Cayetano Martínez de Irujo - 13th Count of Salvatierra
6. María Eugenia Martínez de Irujo - 12th Duchess of Montoro
No comments:
Post a Comment