Sunday, October 9, 2011

Ronda-Ronda Ahad @ Midvalley

09.10.2011, Ahad - Lepas Zohor tadi Syah keluar dar Rawang Residence coz hendak jalan-jalan ke Midvalley kerana lately Syah found out hanya tempat tu jer yang mudah untuk kemudahan Syah balik ke Rawang. Dari Rawang ada komuter ke Midvalley tu sebab dijadikan pilihan. Sampai hampir jam 15:50hrs dan Syah pusing-pusing dan sempat ke kedai tit-bits yang ada menyediakan sample untuk pelanggan. Ramai yang masuk tu merasa dan tak kurang juga yang membeli. Hampir masuk waktu Asar Syah ke Surau Jasco untuk solat Asar. Lepas solat baru nak cari tempat makan kerana lapo le teman nie dari pagi tak makan. Sampai Midvalley tadi sempat beli fruit. Tempat makan murah di Midvalley adalah di Food Court Makan Place ditingkat bawah sekali. Actually food court nie dikhaskan untuk pekerja Midvalley dan kawasan sekitarnya dan harganya memang berpatutan compare kalau nak makan di Midvally Food Court tu tetapi kat sini tak ada aircond cuma kipas. Orang luar nak makan kat sini pun boleh bukannya mereka halaupun cuma tak galmour jer lah.
Haaaaaaaaaaa......... Nie ler juadah dinner malam nie, Nasi Goreng Kampung yang kat sini mereka tak letak cili api dan memang sedap begitu juga Tom Yam Ayamnya memang terangkat bagi Syahlah tekak orang lain No Comment. Mereka caj RM9.00. Minuman pula Milo O panas dan Air Suam. Lepas makan ronda-ronda jap dan jam 06:00hrs gerak ke KTM Midvalley. Ada train jam 18:15hrs tetapi Syah tak dapat naik bukannya kerana penuh tetapi penumpang yang berada dihadapan tak mahu masuk kedalam, jadi nampak macam penuh dan kami tak boleh naik dan bila komuter jalan baru nampak belakang banyak kosong. Teruk betul perangai penumpang yang tak fikir pasal orang lain nie. Ada seorang abang tu menyumpah-nyumpah dia tengok perangai penumpang-penumpang itew.


Syah terpaksa naik next train dan komuter tu hanya berhenti di Sungai Buloh dan mereka minta kami ke platform sebelah untuk ke Rawang dan stesyen seterusnya. Masa di Midvalley tak dapat duduk sehingalah beberapa stesyen baru dapa duduk dan dari Sungai Buluh memang dapat duduk kerana orang banyak dan keluar. Tak lah lama sangat tunggu komuter di Sungai Buloh, kejap jer. Syah tiba Rawang hampir jam 19:40hrs dan memang kebiasaannya bas 19:30hrs dah lepas tetapi sampai je bas stand bas tak jalan lagi rupanya ........... apa lagi............ naiklah kita walaupun berhimpit dan berdiri kerana banyak warga Bangladish dalam tu kerana hari nie hari bergmbira mereka coz esok dah kerja semula. Alaaa macam kita jugak lah kan?


Sampai Rawang Residence Syah siram pokok binga dan kemudiannya solat Insyak dan qada Maghrib. Sekarang jam 22:10hrs dan Syah nak mandi kerana balik tadi tak mandi lagi. Memang tak elok mandi malan ditakut terkena paru-paru berair tetapi bukannya selalu pun. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ..... Selamat Malam Semua.

No comments: