07.10.2011, Jumaat - Shukur Alhamdulillah Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin telah selamat disemadikan di Makan Diraja Al-Ghufran selepas Solat Asar Petang Tadi dengan penuh adat istiadat diraja Perak. Gambar dari bernama menunjukkan puteri Almarhumah iaitu DYMM Raja Zarith Sofiah yang merupakan Isteri kepada DYMM Sultan Johor sedang menabur bunga dan menyiram air mawar di makam Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin Perak. Banyak orang yang merasakan kehilangan Almarhumah. Sedih pula sebab semasa menonton Berita Utama di TV 1 tidak ada dipaparkan berita mengenai istiadat permakaman Almarhumah kerana masing-masing sibuk dengan cerita Budget 2012.
Teringat Syah sekitar 1990an Syah pernah menelefon ke Riswin untuk bertanyakan khabar Almarhumah dan dia ingatkan Syah wartawan dan katanya tak perlulah tanya pasal saya, saya dah pencen dalam kerajaan. Intonasi suaranya seolah-olah macam merajuk kerana kebanyakan orang dah tak ambil tahu mengenai Almarhumah, tu pendapat peribadi Syah sahajalah. Begitulah adat hidup didunia nie jika kita berada diatas semua orang berlumba-lumba menghormati kita bak kata orang kalau boleh "basuh berak" kitapun mereka nak tolong basuhkan. Bila sudah tidak ada diatas barulah kita tahu siapa kawan dan lawan kita sebenarnya.
Jus Alsagoff yang merupakan salah seorang Cucunda Almarhum dalam laman facebooknya memaklumkan Alhamdulillah, nenda Raja Muzwin telah selamat di kebumikan di Makam Al-Ghufran Kuala Kangsar selepas solat asar hari ini. Angin bersepoi2 seperti di tepi laut seperti menyambut pemergian Almarhumah... SubhanAllah besarnya kuasa Allah.
Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin Perak ........... Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman.AMIN.
No comments:
Post a Comment