Tuesday, October 25, 2011

Putera Sulong TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka Meninggal Dunia





Kiri : Allahyarham bersama Isteri dan Tun Khalil.

Kanan : Kelihatan TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan Isteri menabur bunga dan merenjis air mawar di pusara putera mereka manakala perempuan di kiri sekali adalah isteri Allahyarham.


25.10.2011, Selasa - Innaa llayhi Wa Innaa Iiayhi Raaji'oon. Ucapan Takziah kepada Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob dan Isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt Kasim serta keluarga diatas kepemergian Putera Sulung tersayang mereka. Allahyarham Mohammad Raznam yang berusia 46 tahun meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang jam 10:40hrs tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disisi isteri dan kaum keluarganya di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Jenazah dibawa balik ke rumah Allahyarham di Taman Perumahan Dato' Shahbandar, Pekan, Pahang untuk disempurnakan dan upacara pengkebumian bermula lebih kurang jam 16:00hrs bertempat di Makam Diraja Pahang, Pekan. Turut serta semasa pengkebumian ini adalah isteri Allahyarham, Tengku Noor Tengku Adnan (36 tahun), Tengku Mahkota Pahang DYTM Tengku Abdullah, Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut serta turun padang menguruskan pengkebumian ini. Datuk Seri Adnan dilihat memegang cangkul untuk menimbus liang lahat. Allahyarham merupakan seorang ahli perniagaan dan meninggalkan seorang anak berusia sembilan tahun.

Al-Fatihah ............. kepada Allahyarham Mohammad Raznam bin Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil, Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN. Takziah diucapkan kepada TYT Yang diPertua Negeri Melaka dan Isteri, Tengku Noor Tengku Adnan serta seluruh Keluarga Allahyarham dan kami di Maharum Bugis Syah merasa dukacita diatas pemergian Allahyarham Mohammad Raznan.

Nota :- Informasi dari Bernama

No comments: