Friday, October 14, 2011

Komuter Lambat Pagi Nie

14.10.2011, Jumaat - Salam Jumaat kepada semua pembaca tengkusyah.blogspot.com dan harap anda dan keluarga serta orang tersayang dalam keadaan yang mengembirakan. Pagi nie sampai KTM Rawang sebelum jam 07:00hrs dan kami semua berlari-lari masuk stesyen untuk kejar komuter jam 07:00hrs. Malangnya dah dua hari train jam 07:00hrs tak ada, tak tanya plak mereka nape. Jika tak ada terpaksalah tunggu komuter ke Sungai Gadut jam 07:15hrs. Tetapi pagi nie lain sket flownya.Heheheh........ ada-ada jer kan.

Tiba-tiba ada ekspress langkawi tak silap Syah landing kat landasan dan bagi laluan ETS dan mereka yang membeli ETS terpaksa naik tangga untuk ke platform sebelah sebab keretapi dah park kat tempat biasa. Lepas tu baru keretapi jalan dan komuter datang jadi lagi lewatlah jawapnya perjalanan kami ke Kuala Lumpur dan Syah sampai KL Sentral 08:30hrs dan biasanya jam 08:00hrs dah sampai. So masuk office lewat 15 minit hari nie.

Beginilah keadaan berhimpit dalam train dan ada yang kena muka orang yang dudukpun ada. Lihat jer lah si baju hijau dan muka kakak tu dekat jer hampir nak kena. Beginilah keadaanya dalam komuter pada waktu peak-hours. Kalau komuter tambah coach alangkan bahagianya. Terpijak kasut tu dah jadi lumrahlah. Orang dah penuh dan yang diluar tu menolak masuk sebab masing-masing nak kejar masa, beginilah jadinya macam ikan sardin.

Disebelah baju hijau tu ada orang buta nampak tak tangan kat beg lelaki baju hijau tu, itu tangan orang buta tu pegang tongkat tetapi tongkatnya tak nampak dalam gambar nie. Syah tak dapat nak bagi dia duduk kerana keadaan dalam tu dah sempit dan bila Syah bangun nanti lagi sukar untuk berdiri sebab jika orang tu duduk orang sebelah dia akan ambil tempatnya dan Syah nak berdiri kat mana, nanti kita sendiri pula tak ballance berdiri dalam tu sebab pernah terjadi jika sesak dan ada orang lain bagi penumpang lain duduk dia akan hadapi masalah untuk berdiri kerana kekurangan ruang.

Harap-harap KTM dapat mengatasi masalah nie bagi kesejahteraan masyarakat. Minta-mintalah menteri pengangkutan turun padang tinjau keadaan KTM waktu peak-hours kalau tak caya apa yang Syah cakapkan nie. Pergi secara mengegut baru terkejut nanti tengok keadaannya macam mana sistem pengangkutan kat Malaysia nie yang dibanga-bangakan tu. Kalau bagi tahu pihak pengurusan KTM nak melawat nampak gayanya "Tipah Tertipu" ler nanti Yer?

No comments: