24.10.2011, Isnin - Istiadat Sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-81 berjalan lancar hari ini di Istana Abu Bakar, Bandar Diraja Pekan, Pahang. Selepas Istiadat Pengurnian Darjah dan Bintang Kebesaran KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang ditemani oleh KDYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom bersama-sama memotong kek hari keputeraan baginda. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri dan Isteri, DYTM Tengku Mahkota Pahang dan Isteri, Menteri Besar dan Isteri serta Kerabat Diraja dan Para Jemputan.
Dalam Istiadat penganugerahan darjah dan bintang kebesaran pagi ini seramai 66 individu telah menerima penghargaan masing-masing yang didahului oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung yang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Dalam titah baginda, baginda memberi kredit kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mampu membawa kesejahteraan kepada Malaysia. Titah baginda lagi Pendekatan 1 Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, model baru ekonomi serta dasar transformasi nasional dalam pentadbiran negara akan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
DIRGAHAYU TUANKU PATIK
Nota :- Info dari Bernama
No comments:
Post a Comment