16.10.2011, Ahad - Tahniah diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana telah dianugerahkan darjah tertinggi Indonesia, Bintang Republik Indonesia Adiputera petang tadi. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Presiden Indonesia Bapak Susilo Bambang Yudhoyono ketika kunjungan Tuanku Mizan dan rombongan ke Istana Merdeka. Anugerah ini diberikan sebagai mengenang jasa Tuanku Mizan dalam meningkatkan kerjasama dan hubungan baik Malaysia-Indonesia. Turut serta dalam majlis ini adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Isteri Presiden Indonesia Ibu Negara Ibu Ani Yudhoyono.
Tuanku dan rombongan berada di Indonesia untuk laatan rasmi negara selama dua hari bermula hari ini. lawatan ini merupakan lawatan rasmi baginda kali kedua dan sebelum ini baginda pernah berkunjung ke Indonesia pada tahun 2007.
Keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh Menteri Luar Indonesia Dr Marty Natalegawa dan Menteri Pendidikan Nasional Indonesia Prof Mohammad Nuh selaku Menteri Pengiring. Turut serta menyambut Tuanku adalah Duta Besar negara kita ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan serta pagawai-pegawai kanan kedutaan Malaysia.
Rombongan dari Malaysia terdiri daripada kedua puteri baginda Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatmatuz Zahra, Menteri Pertahanan Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pengiring serta delagasi pegawai-pegawai kanan Kerajaan Malaysia.
Note :- Informasi dari Bernama
No comments:
Post a Comment