30.10.2011, Ahad - Semalam Putera Mahkota Nayef bin Abdulaziz Al-Saud telah mengangkat sumpah sebagai Putera Mahkota Arab Saudi yang baru. Akhbar-akhbar tempatan menyifatkan baginda sebagai pilihan yang tepat bagi jawatan berkenaan dan baginda juga mendapat pujian daripada Wanshington atas kesungguhan baginda menangani isu berhubung pengganas. Putera Mahkota Nayef yang berusia 77 tahun sebelum ini merupakan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi semenjak 1975.
Dalam kenyataan rasminya selepas mengangkat sumpah, Putera Mahkota Nayef menyembahkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh Raja Abdullah kepada baginda dan menghargai tanggungjawab baru baginda ni. Baginda juga memuji kepimpinan Raja Abdullah kerana dapat menangani isu yang melanda negara-negara teluk sekarang ini. Walaupun sudah berusia 77 tahun tetapi baginda nampak lebih muda dari usianya. Mempunyai dua orang isteri buat masa ini manakala isteri pertama telah lama diceraikan dan baginda dikurniakan dengan empat orang cahayamata.
Raja Abdullah masih lagi belum membuat keputusan untuk melantik Menteri Pertahanan yang baru. Almarhum Putera Mahkota Sultan yang juga sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan Arab Saudi dan telah memegang portfolio berkenaan selama 50 tahun meninggalkan satu lagi kekosongan jawatan penting dalam pentadbiran Arab Saudi. Pada hari Sabtu lepas juga satu petisyen telah ditandatangani oleh 99 orang activist (pejuang) mengesa supaya Putera Mahkota Nayef membebaskan beribu-ribu tahanan politik dan menarik balik dengan kadar segera sekatan perjalanan yang dikenakan terhadap beberapa activist. Tambah mereka lagi sebagai langkah pertama dalam jawatan baru baginda adalah untuk mengakhiri penderitaan keluarga-keluarga tahanan berkenaan dan menyatukan mereka semula sebagai satu keluarga.
No comments:
Post a Comment