Tengok jerlah gambar kat atas tu lelaki berseluar biru tu turun dari komuter. Tingginya mak aiii............ Ini bukan bas atau teksi yer yang berhenti tepi jalan tetapi komuter yang berhenti ditengah-tengah landasan dan laluannya adalah dari batu kerikir. Bayangkan jika anda sakit lutut macam Syah, orang-orang tua & kurang upaya, perempuan mengandung dan penumpang yang on the way ke KLIA dengan bagasi yang besar? Nak tak nak kena redah gak lah kannnnnnnn.......... Ramai yang merungut mengapa pemandu komuter tak berhenti sahaja semasa di Stesyen Kuang sebab mesti dia tahu ada perkara yang tak betul sebelum train nie rosak, mesti ada tanda-tandanya. Apa-apapun macam Syah cakap sebelum nie, kita kat Malaysia sebagai pengguna public transport nie tak ada pilihan, ikut jer lah............
Nak naik kepintu nie tinggi tau? adalah 3 kaki lebih rasanya walaupun ada tangga kecil tetapi memerlukan kekuatan untuk berpaut baru dapat naik keatas. Shukur Alhamdulullah Syah diantara orang terawal yang dapat naik dan sempat ambil beberapa gambar ni jer. Very Exclusive kan...... exspecially untuk KTM supaya mereka tahu kesusahan kami. Tambang makin lama makin naik tetapi perkhidmatan yang diberikan seperti melepaskan batuk di tangga, Yang Ado.............. Ini belum lagi masalah coach yang tak ada aircond terutamanya pada waktu puncak sampai habis lencun lah penumpang dengan peluh dan Syah pernah mengalaminya beberapa kali. Tak ada pilihannnnnnnn naik jer lah Labuuuuu.
Gambar dibawah nie pula keadaan dalam komuter yang macam ikan sardin, tunggu masa nak dimasukkan dalam tin sahaja. Biasalah dua komuter punya penumpang dah jadi satu, KTMpun dah pandai buat 2+1 kannnnnnn. Satu jer trick jika nak selamat daripada dipijak kaki atau dihimpit dan ditolak oleh penumpang lain itupun hanya menjanjikan 50% selamat jer........... apa dia? apa lagi ....... berdiri dibahagian tengah coach. Insyallah kurang ganguan. Kalau berdiri didepan pintu alamat jawapnya jika tak sabar boleh bergaduh dan bermaki hamun. Macam tadi ada jer yang terjerit-jerit cakap "Jangan Masuk Lah", "Tak Boleh Masuk Lagi" dan macam-macam words yang kasar dengan nada suara yang tinggi. Kadangkala ada yang ketuk kepala orang pun ada dan Syah saksikannya sendiri sebab susah nak keluar komuter. Heheheheh..........
Jika KTM tak menyelesaikan dengan segera isu-isu yang mereka anggap remeh seperti ini, Rasanya kan... Rasanya lah ........Satu hari nanti mesti ada yang duduk atas bumbung komuter/keratapi macam yang kita selalu tengok kat TV tu tetapi tak perlulah sebutkan negara mana kan?
No comments:
Post a Comment