Saturday, October 1, 2011

Tuanku Nur Zahirah Menghadiri Majlis Konvokesyen UMT dan Pelancaran Buku Terbitan Khas Tuanku Canselor UMT

01.10.2011, Sabtu - Pagi ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Konvokesyen Kali Ke-9 Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis Konvokesyen ini akan diadakan selama dua hari bermula hari ini dan esok. Majlis bermula seawal 07:30hrs dengan ketibaan para graduan dan jemputan serta diikuti dengan keberangkatan tiba baginda berdua. Tuanku Nur Zahirah merangkap Canselor Universiti Malaysia Terengganu menyampaikan titah ucapan dalam majlis ini.

Majlis dimulai dengan pengurniaan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad diikuti pengurniaan ijazah/hadiah kepada graduan sebelum pengistiharaan penangguhan majlis untuk sesi pagi ini.

Malam tadi pula diadakan majlis santapan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu yang diadakan di Taman Temadun Islam turut dihadiri oleh baginda berdua dan Tuanku Nur Zahirah sebagai Canselor UMT telah melancarkan Buku Terbitan Khas Tuanku Canselor UMT Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Buku ini diilhamkan oleh Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr. Azizan Deraman dan Prof Madia Dr. Noraien Mansor sebagai menjunjung kasih kepimpinan baginda sebagai Canselor UMT.


Nota :- Gambar dari Bernama

1 comment:

bksempoi said...

ada kesilapan, Naib Cancelor UMT, Prof, Datuk Dr. Aziz Deraman