Friday, October 28, 2011

Pilihanraya 10 Disember 2011 Nie ?

28.10.2011, Jumaat - Hari nie dan semalam bas agak lewat sedikit ..... sedikit sahaja sebab pemandu tahu ramai yang masih bercuti Deepavali kot? kerana majoriti penghuni kat Rawang Residence Syah nie kaum India. Macam biasa Syah naik komuter dan MACAM BIASA juga komuter jam 07:00hrs yang sepatutnya ke Bangi di BATALkan dan terpaksa tunggu komuter jam 07:15hrs dari next Station yang sudah semestinya full house. Nasib Syah baik pagi nie sebab dapat tempat duduk. Jiran sebelah Syah dalam komuter nie Uncle Indian sedang baca akhbar tamil dan Syah nampak gambar pasangan Indian yang terkorban dalam kemalangan pagi Deepavali hari tu dan sembang dengan uncle tu pasal kemalanga tersebut. Syah juga mention pasal sambutan Deepavali kat Batu Cave hari tu.

Syah juga inform dia, kat Rawang pula sambutan akan diadakan pada hari Sabtu ne sebab ada kain rentang dipintu masuk ke Rawang Residence Syah ........... dan terus dia kata biasalah sudah mahu pilihanraya. Kata uncle tu dia orang mahu kerusi sahaja dan kita gaji dan kerja macam biasa juga. Syah senyum jer dan kemudian dia menunjukkan sesuatu kat Syah pada akhbar berkenaan. Nie ... katanya pilihanraya akan diadakan pada 10 Disember 2011 katanya pada Syah menunjukkan pada satu tulisan disebelah kiri atas akhbar berkenaan. Syah nampak no 10 jer yang lain tu tulisan tamil. Syah tanya surat khabar apa nie dan tak silap Syah katanya Nanban lebih kurang macam tulah bunyi nya. Ye ker Pilihanraya 10 Disember nie atau mungkin itu ramalan dari mereka kot? Tetapi kalau tak ada angin bertiup makakan pokok bergoyang kan?

Be prepared jer lah yer semua untuk mengundi dan pada yang dah cukup umur untuk mengundi tu jalankan lah tanggungjawab anda untuk mendaftar sebagai pengundi dan buat pilihan yang tepat untuk negara Malaysia yang kita cintai ini.

2 comments:

Aku Menulis said...

kemungkinan tidak 10 Dis kerana waktu itu ada LIMA 2011 di Langkawi. PM dan sebahagian Menteri2 mesti banyak komitmen dengan tetamu negara di sana. lagipun kebanyakan anggota tentera dan pesawat tentera tertumpu di sana. KECUALI kalau LIMA dibatalkan. Nak ditangguhkan, tak boleh kerana ia melibatkan syarikat2 luar negara yang telah menetapkan jadual mereka lebih awal. Kalau batal? memang sah rakyat Langkawi akan pangkah pembangkang kerana mereka kehilangan peluang jutaan RM dalam masa seminggu itu. LIMA adalah musim Haji bagi rakyat Mekah untuk org Langkawi.

Anonymous said...

saya lebih berpendapat pilihanraya hanya diadakan selepas kesemua keempat2 negeri yang dikuasai pembangkang tamat tempohnya bagi mengelak kebarangkalian negeri2 tersebut tidak dibubarkan dewan rakyat dan akan berlaku dua kali pilihanraya peringkat negeri dan persekutuan