17.10.2011, Isnin - Masa nak solat Maghrib tadi Syah nampak ada cicak dalam sinki dan berlegar-legar dalam pinggan mangkuk yang Syah dah basuh. Selepas solat terus Syah ambil penyembur nyamuk dan spray cicak tu tapi tak mati juga lalu Syah alihkan semua pinggan dan bunuh cicak tu guna kayu. Rupanya ada dua ekor cicak besar dalam tu dan Syah bunuh dua-dua sekali. Bukan apa dia ada masanya masuk dalam tong sampah Syah dan bila nak ambil sampah selalu meloncat kat Syah dan buat Syah terperanjat. Tahinya tok usah cakaplah banyak kena kat pinggan mangkuk Syah, Itu Syah masih boleh tolak ansur lagi tetapi tadi masa Syah nak solat dan nampak dia dalam pinggan dan mangkuk Syah, hilang sabar Syah dan ambil keputusan hapuskan sahaja dia.
Lepas tu jumpa anaknya yang kecil plak dan Syah spray kemudian bunuh anaknya pula. Terpaksa cuci semua pinggan dan mangkuk dalam sinki tu yang kena spray nyamuk. So Sorry kerana terpaksa buat macam nie. Petang semalam pula Syah panas hati bila masuk bilik air tetamu Syah penuh dengan najis tikus dan bau air kencingnya. Ini lagi bahaya lalu Syah panaskan air dan siram lantai. Terpaksa cuci kerana penuh dengan najis dia. Kalau jumpa semalam memang nahas terpaksa dibunuh untuk keselamatan kita. Memang takut tapi kena kuatkan semangat sebab nie rumah kita sendiri, tau-tau jerlah tikus nie pembawa penyakit. Dulu pernah bunuh dua ekor dalam rumah Syah.
1st time lagi menakutkan, besar betul sebesar anak kucing dan Syah beranikan diri bunuh dia dengan kayu dan second time tu kecil jer...... Syah jarang naik ke atas, ialah dah stay seorang dan Syah tidurpun dalam bilik TVkat bawah dan every morning jer naik atas ambil baju kerja. So bilik tetamu tu terutananya tandas jarang Syah masuk tu jadi macam tu agaknya. Semalam bila buka bilik air rasa nak menangis Syah dibuatnya............. geram dan marah tetapi takut pun ada kalau ada tikus tu tetapi Syah cakap pada diri sendiri kena beranikan diri masuk tandas tu untuk cuci dan bunuh jer tikus kalau jumpa sebab Syah stay alone dan tak siapa nak tolong Syah kecuali Syah tolong diri Syah sendiri.
Tak tahu dari mana datangnya. Bilik kat rumah nie ada empat dan tiga bilik air dan duduknya Syah seorang. Beberapa minggu lepas ada anak lipan di dapur dan bilik air dan Syah bunuh juga. Lepas nie Syah kena masuk juga bilik-biliik nie supaya ada pergerakan didalamnya dan taklah tikus-tikus tu ingat rumah nie rumah kosong nanti bersarang dan beranak pinak pula dia. Kadangkala bila kita stay alone kita terpaksa buat semua benda serta cakap pada diri sendiri "Aku Boleh Buat" dan beranikan diri serta hilangkan rasa takut tu. Insyallah kita boleh hadapi semua masalah yang mendatang.
No comments:
Post a Comment