Tuesday, October 11, 2011

Raja Isteri Terima Hadiah 40 Doa Rabanna Dalam Al-Quraan

11.10.2011, Selasa - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Beliawanis Brunei Darussalam sempena Hari Puja Usia baginda (hari lahir). Majlis mengadap diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Dsalam majlis ini, baginda telah menerima hadiah berupa kaligrafi tulisan khat tangan " 40 Doa Rabbana Dalam Al-Quran " yang telah dikumpulkan dalam buku khas berukuran 420mm x 250mm setebal 65 muka surat.

Kaligrafi ini telah ditulis tangan oleh 27 orang wanita yang terpilih daripada pelbagai ajensi dan jabatan kerajaan. Buku ini disiapkan dalam masa kurang daripada satu minggu dengan kulit hadapannya bermotifkan flora dan fauna.

No comments: