Saturday, October 15, 2011

Sultan Kedah Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14

Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-5

15.10.2011, Sabtu - Semalam 14.10.2100 Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bernama memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara yang dipengerusikan oleh Sultan Perak telah memutuskan Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan juga merupakan Timbalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Baginda akan memulakan tugas-tugas rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 13.12.2011 bagi menggantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah tamat tempoh perkhidmatan baginda selama lima tahun.

Bakal Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-14, KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun

Perlantikan ini telah mengukir sejarah dalam sistem beraja di Malaysia dimana Tuanku Abdul Halim telah dilantik buat kali keduanya sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pada 21.09.1970 Tuanku telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 bagi tempoh lima tahun dan berakhir pada 20.09.1975. Permaisuri baginda pada masa itu adalah Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman menggunakan gelaran Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-5 manakala dengan perlantikan kedua ini permaisuri baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun pula bakal dinobatkan sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia Ke-14.
Tuanku Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5

Tuanku Abdul Halim sekarang berusia 83 tahun dan mempunyai tahap kesihatan yang amat memuaskan. Pada 15.07.2008, baginda telah menyambut Perayaan Jubli Emas pemerintahan baginda sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan sambutan Jubli Perak pada 1983. Baginda diputerakan pada 28.11.1927 dan kehilangan bonda tercinta dalam usia tujuh tahun. Baginda merupakan bapa saudara kepada Bapa Kemerdekaan negara kita iaitu YBM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Baginda berkahwin buat pertama kalinya dengan Almarhum Tuanku Sultanah Bahiyah yang merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan pada 09.03.1956. Baginda berkahwin buat kali keduanya dengan Tuanku Sultanah Hajah Haminah pada 25.12.1975 selepas tiga bulan baginda menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 tamat.

Seri Paduka Baginda Tuanku Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong ke-5.

Hasil daripada perkahwina pertama, baginda dikurniakan dengan seorang puteri sahaja iaitu Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Intan Shafinaz manakala dengan Tuanku Hajah Haminah baginda tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Sembah Tahniah kepada KDYMM Tuanku Abdul Halim diatas perlantikan ini semuga Tuanku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. DIRGAHAYU TUANKU PATEK.

Salah satu Entry Syah mengenai Tuanku

2 comments:

Anonymous said...

salam...syah...perdana menteri malaysia yg pertama tunku abdul rahman bukan lah anak saudara kepada dymm sultan kedah skrg..tetapi baginda adalah anak saudara kepada tunku abdul rahman...harap maklum

Anonymous said...

Pembetulan ye En. Maharun Bugis Syah.....
Tuanku Sultan Kedah mempunyai 3 puteri ( klu x salah sy )hasil perkahwinan pertama..
Tunku Soraya, Almarhum Tunku Sarina ( Klu x salah sy ler....) dan Tunku Puteri Intan Syafinaz......harap maklum yer.......TQ