Saturday, October 29, 2011

Muskat

29.10.2011, Sabtu - Muskat ? Tentu anda tertanya-tanaya apa Muskat tu. Pernah tengok tak gambar rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan baginda memakai pakaian nie dan sekarang nie ada juga wedding planner yang menggunakan Muskat sebagai pelengkap busana pengantin. Berbalik semula kepada Muskat nie tadi, Ianya merupakan Pakaian Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-pegawai Istana Negara. Cuma Muskat yang digunakan oleh Tuanku bentuknya agak berbeza sedikit.

Baju ini dihasilkan daripada benang bulu bewarna hitam dan dihiasi dengan sulaman benang emas berbentuk awan larat dan bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Kebiasaannya Muskat dipakai bersekali dengan seluar panjang yang bersulam dibahagian kakinya dan tengkolok (tanjak). Baju ini labuh hingga ke paras peha dan berlengan panjang.

Dari mana asalnya perkataan Muskat tu ? Nama itu diambil sempena tempat asal pakaian ini iaitu Negara Muskat yang merupakan sebuah negara islam berhampiran Iran. YBM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang ketika itu sebagai Perdana Menteri pertama adalah merupakan individu yang mencadangkan agar pakaian ini dijadikan pakaian rasmi Ketua Negara Malaysia. Pakaian ini telah diubah suai sedikit daripada pakaian rasmi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah dimana mereka telah lama menggunakan Muskat sebagai pakain rasmi.

Pakaian ini digunakan semasa Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia serta Perasmian Sesi Penggal Persidangan Parlimen. Pakaian ini digunakan buat pertama kalinya semasa Pertabalan Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis) sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-III (ketiga) pada tahun 1960. Bermula daripada itu kesemua Ketua Negara berkenaan menggunakan pakaian tersebut untuk upacara yang disebutkan diatas begitu juga dengan potrait rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggunakan pakaian berkenaan hingga sekarang kecuali Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-VIII (Lapan) Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Johor).

3 comments:

Mohamad Syardanie Anuar Nordin said...

Setahu saya Almarhum Sultan Iskandar (Johor) memakai pakaian Muskat ketika pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8 walaupun gambaq rasmi baginda memakai pakaian tentera...

tengkusyah said...

Yer itulah yang Syah maksudkan. Cuba baca betul-betul Entry Syah mungkin keliru kot?

Mohamad Syardanie Anuar Nordin said...

Tak keliru mungkin saya ni baca laju sangat & tak teliti sepatah demi sepatah...