Monday, October 24, 2011

Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-81

24.10.2011, Isnin - Hari ini merupakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah . Syah nak cerita lain sedikit mengenai Tuanku Sultan Pahang sempena birthday Tuanku hari nie yang mungkin tidak semua orang mengetahuinya. Lapan Puluh Satu Tahun yang lepas Tuanku diputerakan oleh bondannya Raja Fatimah sebaik sahaja selesai azan Jumaat di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang pada tanggal 24.10.1930. Ayahanda Tuanku adalah Tengku Abu Bakar kemudiannya bergelarKDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah manakala bonda baginda pula adalah Raja Fatimah yang kemudiannya bergelar KDYMM Tengku Ampuan Raja Fatimah bt Sultan Iskandar Shah yang merupakan puteri kepada Paduka Seri Sultan Perak ke-30. Tuanku Sultan Pahang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Perak.

Gambar ini adalah potrait KDYMM Sultan Pahang sewaktu kecil bersama Nendanya (datuk) iaitu KDYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak Ke-30. Comel kannnnnnnnnnnnn.

Sebenarnya Tuanku bukanlah Putera Sulong Almarhum Sultan Abu Bakar, Tuanku adalah putera ketiga manakala yang sulung adalah perempuan iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainol Jamal yang merupakan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu permaisuri kepada Almarhum Sultan Ali (Tengku Ali) yang telah diturunkan tahta selepas Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu. Setelah Sultan Ali diturunkan daripada Singahsana Terengganu mereka berpisah dan YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang kembali semula ke Pahang bersama anak-anaknya. Manakala putera kedua Sultan Abu Bakar adalah lelaki tetapi telah mangkat dan keadaan ini telah memberi laluan kepada Tuanku sebagai pewaris tahta.

Ketika Tuanku dalam kandungan, Sultan Abu Bakar dan Tengku Ampuan Raja Fatimah telah bernazar jika anak yang dilahirkan seorang putera ianya akan diserahkan kepada Sultan Perak untuk diasuh. Tuanku telah dibesarkan di Istana Perak dan mendapat pendidikan awal di Kuala Kangsar termasuk Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum kembali semula ke Pahang semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Tuanku menyambung semula pelajarannya di MCKK selepas Jepun menyerah kalah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Worcestor College, Oxford.

Tuanku Sultan Pahang berkahwin buat pertama kalinya dengan Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad kemudiannya bergelar KDYMM Tengku Ampuan Pahang yang merupakan puteri kepada Menteri Besar Pahang pada ketika itu yang berpusat di Kuala Lipis. Manakala bonda Tengku Hajah Afzan merupakan cucunda kepada DYMM Sultan Ahmad Shah I, Sultan Terengganu. Hasil daripada perkahwinan ini Tuanku Sultan Pahang dikurniakan dengan tujuh orang cahayamata iaitu Tengku Mariam, Tengku Muhani, Tengku Aishah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Nong Fatimah dan Tengku Shahariah.

Tengku Ampuan Pahang Tengku Hajah Afzan mangkat pada 29.06.1988 di Istana Pahang, Kuala Lumpur akibat kanser. Pada 14.03.1991 Tuanku Sultan Pahang berkahwin dengan seorang wanita warga Pakistan yang kemudiannya bergelar KDYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom dan dikurniakan seorang putera iaitu Tengku Abdul Fahad Muhammad Mua'adzam. Data didalam Royal Ark.net memaklumkan bahawa Sultanah Hajjah Kalsom merupakan bekas seorang Paramugari dan bekas menantu kepada Perdana Menteri Pertama Pakistan Liaquat Ali Khan, sebagai isteri kedua kepada Sahibzada Liaquat Ali Khan .............. Wallahu A'alam.

Patik Merafak Sembah dan Mengcapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan ke-81 Semuga ALLAH Mengurniakan Rahmat NYA Keatas Tuanku Sultan Pahang Semuga DiPanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki dan Dapat Memerintah Negeri Pahang dan Jajahan Taklukanya dengan Adil dan Saksama. AMIN.

DIRGAHAYU TUANKU PATIK

1 comment:

Ruqaiyah Amanina said...
This comment has been removed by the author.