21.12.2012, Jumaat - Salam dan apa khabar semua. Sekarang jam 21:30hrs dan tengah hujan di Rawang Residence Syah. Aktiviti hari nie macam biasa cuma biasalah Jumaat Syah akan Solat Jumaat dan minggu nie Syah ke Masjid Negara lagi. Sampai jer ke Masjid Negara Syah ke Makam Pahlawan sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhamah disini terutamanya Syah melawat pusara Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Hamzah Abu Samah. Minggu lepas masa Syah datang pusara nie baru dibina dan belum ada nisan dan hari ini dah ada dah batu nisannya.
Terdahulu Syah ke Maybank untuk bank in kan cheque insurance claim Syah masa second time operation hari tu di Assunta Hospital. Adalah dapat RM empat ratus lebih. Dari Makam Pahlawan Syah ke bazar jualan dan hari nie Syah makan ayam goreng, papadom dan acar. Minum pula air limau asam dan lepas tu beli air soya plak sambil makan kuih. Lepas makan Syah beli kismis untuk Syah dan kak Rose office mate Syah. Lepas solat terus balik kepajabat. Masa balik ke Rawang tadi komuter ada masalah dan kami semua macam boring jer menunggu komuter. Platform 3 memang dah ada komuter ke Batu Caves dan memang tu tempatnya dan herannya ada satu lagi komuter ke Batu Caves berhenti kat platform 4 yang biasanya untuk komuter ke Rawang/Sungai Buluh/Tanjung Malim. Kami semua masuk komuter tu kerana biasalah KTM kadangkala luar tulis lain tapi jalannya lain. Tiba-tiba kali nie betul lak, komuter tu memang ke Batu Caves dan kami terpaksa keluar semula. Keadaan komuter ditulis ke destinasi lain tetapi ke tempat lain dah biasa bagi kami. Contohnya komuter tertera sign Tanjung Malim tetapi tiba-tiba bila kami duduk ada announcement "komuter yang anda naiki akan berhenti di stesyen Sungai Buluh' sahaja. heheheh funny kan tetapi kami dah biasa.
Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry............ Selamat Malam
No comments:
Post a Comment