Thursday, December 20, 2012

Hari Lahir Rasmi Tun Dr Mahathir

20.12.2012, Khamis - Hari ini 20.12.2012 merupakan hari lahir rasmi Mantan Perdana Menteri Malaysia  Tun Dr Mahathir Mohamd yang ke 87 tahun.  Sebenarnya beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 tetapi Allahyarham Ayahnya telah meletakkan tarikh 20 Disember kepada semua anak-anaknya dalam pendaftaran kelahiran mereka dengan alasan  bagi memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.  Kiranya hari ini merupakan sambutan hari lahir Tun yang kedua setiap tahun.  Agak pelik tetapi itulah kebenarannya.  Tun Dr Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik daripada pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada 10.07.1925.  Tun Dr Mahathir pernah berkata bahawa beliau berasa gembira kerana menyambut hari lahir dua kali setahun dan dapat dua kali hadiah untuk hari jadi rasmi dan hari jadi sebenar beliau.  Gambar nie diambil semalam sempen Majlis Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.  Kelihatan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyuapkan pulut kuning kepada Tun Dr Mahathir sempena sambutan hari lahir beliau dalam majlis ini semalam.

No comments: