08.12.2012, Sabtu - Duke and Duchess of Cambridge menzahirkan rasa sedih dan terkejut mereka berikutan berita kematian Jacintha Saldanha, jururawat wanita yang menerima panggilan palsu dua orang DJ dari Sydney's 2Day FM Station berhubung kesihatan Duchess of Cambridge ketika mendapat rawatan di Hospital King George VII. Pada pagi semalam (Jumaat 07.12.2012) Pihak polis telah menerima panggilan pada jam 09:25hrs berhubung penemuan seorang wanita yang dijumpai tidak sedarkan diri dialamat Weymouth Street,WI. Pihak polis telah ketempat kejadian dan wanita tersebut yang dikenal pasti sebagai Jacintha Saldanha disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian oleh paramedik. Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian ini. Gambar diatas menunjukkan ambulan membawa mayat mendiang untuk siasatan lanjut dari tempat kejadian manakala gambar dibawah adalah Hospital King George VII yang terletak di Beaumont Street, London. Hospital ini diasaskan pada 1899 oleh Agnes Keyser yang merupakan gundik kepada King Edward VII yang ketika itu bergelar Prince of Wales. Asalnya hospital ini sebuah rumah kepunyaan Agnes Keyser yang digunakan oleh beliau dan adiknya yang merupakan seorang jururawat untuk merawat askar-askar yang sakit dan cedera semasa Perang Boer. Hospital ini menjadi pilihan utama keluarga diraja semenjak ianya dibuka untuk mendapatkan rawatan dimana Baginda Queen Elizabeth II merupakan Penaung bagi Hospital ini.
Gambar disebelah ini adalah dua DJ Sydney's 2Day FM Station iaitu Mel Greig dan Michael Christian. Kebocoran rahsia mengenai satus kesihatan yang dianggap sulit untuk setiap pesakit ini amat memalukan pihak Hospital King George VII mentelah hospital ini terkenal sebagai pilihan utama kerabat Diraja Britain untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Mel Greig dan Michael Christian telah meminta maaf diatas kejadian ini. Kedua-dua mereka telah mendapat teguran/komen di twitter serta internet dan mahukan mereka dipecat. Selepas berita kematian ini, twitter mereka telah ditutup dan stesyen radio berkenaan telah membuang klip berhubung panggilan ini dari laman webnya yang sebelum ini menjadi kebangaan kedua-dua DJ berkenan untuk membincangkannya dilaman web tersebut. Teringat Syah satu stesyen radio di negara kita yang suka mengenakan orang dengan panggilan telefon mereka, So hati-hati lah yer jangan sampai jadi perkara seperti ini yang menyusahkan semua pihak walaupun pada asalnya hanya berniat untuk suka-suka sahaja. Belajar dari apa yang berlaku ........
Sumber :- Theguardian / Royaltynu / Sinarharian .com / King Edward VI Website / Suara Pembaruan / The Daily Beast
Sumber :- Theguardian / Royaltynu / Sinarharian .com / King Edward VI Website / Suara Pembaruan / The Daily Beast
No comments:
Post a Comment