09.12.2012, Ahad - Inilah dia wajah mendiang Jacintha Saldanha, Jururawat berusia 46 tahun dari Hospital King Edward VII yang bertanggungjawab menyambungkan panggilan palsu 2 DJ dari Sydney's 2Day FM Station yang menyamar sebagai Baginda Queen Elzabeth II dan Prince Charles kepada jururawat di Wad yang merawat Duchess of Cambridge sehingga membawa kepada kebocoran maklumat mengenai tahap kesihatan Duchess of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Kate yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Jacintha berketuruna India dan suaminya Benedict Barbonza atau dikenali sebagai Ben yang juga berketurunan India berusia 49 tahun dan bertugas dihospital yang sama sebagai Akauntant. Mendiang meninggalkan sepasang cahayamata, Junal berusia 16 tahun dan Lisha 14 tahun. Mendiang merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan telah membahagikan masa diantara keluarga dan tugas. Untuk memudahkan tugasnya, mendiang menginap dikauters hospital yang terletak berhampiran tempat kerjanya manakala keluarganya tinggal di rumah teres dua tingkat yang dibeli oleh pasangan ini pada 2004 dengan harga 130,000.00 pound di Bristol. Mendiang mendaftar sebagai jururawat pada 2003 dan berhijrah dari Mangalore, India 10 tahun yang lepas dan sebelum ini pernah bekhidmat di Timur Tengah. Mendiang berkhidmat di Hospital King Edward VII hampir empat tahun lebih.
Suami Mendiang, Ben menyuarakan luahan hatinya dalam laman sosial facebooknya memaklumkan, 'I am devastated with the tragic loss of my beloved wife Jacintha in tragic circumstances, She will be laid to rest in Shirva, India. Manakala anak perempuan Mendiang, Lisha dalam laman sosial facebooknya memaklumkan ‘I miss you, I loveeee you.’
Sebab-sebab kematian masih dalam siasatan tetapi kes ini disyaki sebagai membunuh diri. Mayatnya masih lagi dalam siasatan polis dan hospital King Edward VII, manakala suami serta anak-anaknya masih belum lagi dibenarkan melihat mayat Jacintha dan mungkin akan diserahkan kepada keluarganya sebelum Isnin ini. Mayat Mendiang akan dibawa balik ke India untuk disemadikan. Jiran-jiran Mendiang menyifatkan beliau sebagai seorang wanita yang baik dan berbudi bahasa serta dikenali dengan panggilan sebagai "Nurse to The Queen" Jururawat kepada Baginda Queen kerana bertugas di hospital yang berprestij dan menjadi pilihan utama kerabat Diraja Britain semenjak dari dahulu lagi.
Kaum keluarga Mendiang di India merasa terkejut dan tidak menyangka perkara seperti ini terjadi kepada Mendiang. Ibu mertua Mendiang memaklumkan bahawa telah menjadi satu rutin kepada Mendiang untuk menghubungi beliau melalui telefon pada setiap hari Ahad tanpa gagal melakukannya. Walaupun sebab-sebab kematian Mendiang masih belum diketahui tetapi banyak pihak mengaitkan kematian Mendiang sebagai mangsa daripada panggilan palsu berkenaan. Rentetan peristiwa yang membawa kepada kematian Mendiang seperti berikut :-
- Duchess of Cambridge atau dikenali sebagai Kate yang sedang hamil anak sulung dimasukkan ke hospital berkenaan pada Isnin (03.12.2012) kerana menghadapi Hyperemesis Gravidarun iaitu alahan / pembawakaan budak yang serious dimana Kate mengalami muntah-muntah yang berterusan dan tidak boleh dikawal. Anak yang bakal lahir ini tak kira lelaki mahupun perempuan telah menarik perhatian bukan sahaja pada rakyat Britain malahan diseluruh dunia sebagai pewaris ketiga tahta Britain.
- Pada awal pagi Selasa (04.12.2012) Dua orang DJ, Mel Greig dan Michael Christian dari Sydney's 2Day FM Station telah membuat panggilan palsu ke hospital dengan menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles untuk mencungkil rahsia mengenai tahap kesihatan Kate. Jacintha adalah jururawat yang bertanggungawab menerima panggilan tersebut dan menyambungkannya kepada jururawat yang bertugas di wad Kate ditempatkan. Status tahap kesihatan Kate telah dimaklumkan kepada dua DJ yang menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles.
- Sydney's 2Day FM Station telah memuat naik klip perbualan telefon berkenaan dalam laman web mereka dan dua DJ berkenaan begitu bangga dengan hasil kerja mereka yang dianggap berjaya sebelum orang lain mengatahui perkembangan kesihatan Kate.
- Panggilan palsu ini telah memalukan pihak Hospital King George VII dan juga Kerabat Diraja Britain. Pihak hospital telah dapat diperbodohkan sehingga status kesihatan pesakitnya yang dianggap sulit itu boleh dimaklumkan kepada orang yang tidak berkenaan. Hospital ini merupakan sebuah hospital yang berprestij dan menjadi pilihan utama kerabat Diraja Britain untuk mendapatkan rawatan perubatan semenjak dari dahulu lagi. Baginda Queen Elizabeth II sendiri merupakan penaung kepada hospital ini.
- Pada 06.12.2012 (Khamis) Kate telah dibenarkan keluar dari Hospital King Edward IIV dan kembali kekediaman beliau bersama suaminya Duke of Cambridge, Prince William ke Istana Kensington.
- Pada 07.12.2012 (Jumaat) Kota London digemparkan dengan berita kematian Jacintha Saldanha. Mendiang dijumpai tidak sedarkan diri di kuarters Hospital King Edward VII dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.
Sumber :- Mailonline / The Guardian /
No comments:
Post a Comment