15.12.2012, Sabtu - Pada Sabtu lepas bersamaan 08 Disember telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali Ke XIV Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan. Mesyuarat yang bermula sekitar jam 09:00hrs ini diadakan di Hotel New Pacific, Kota Baharu, Kelantan. Mesyuarat ini dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Mulia Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang merupakan Menteri Besar Kelantan merangkap Penasihat Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan.
Yang Amat Berhormat Mulia Menteri Besar Kelantan merupakan keturunan Raja Jembal. Mengikut cerita orang dulu-dulu, keturuna Raja Jembal dilarang memakan rebung buluh betong. Jika dimakan jua, satu penyakit ganjil seakan kudis besar akan tumbuh diseluruh badan mereka untuk jangkamasa yang panjang, Wallahualam............
Walaupun pada suatu ketika dahulu keturunan Raja Jembal ini semakin merosot ketuanannya dan mengalamin zaman kegelapan tetapi ianya berubah setelah kelahiran Raja Banjar iaitu datuk kepada Nik Aziz. Kelahirannya bukan untuk merebut kembali tahta pemerintahan Kelantan tetapi mengembangkan ajaran Islam melalui dakwah kepada masyarakat. Legasi ini diteruskan oleh anaknya Raja Mohamad atau Nik Mat Alim sebagai seorang ulama tersohor dan sekarang ini diteruskan oleh anak Raja Mohamad atau Nik Mat Alim iaitu tak lain tak bukan Yang Amat Berhormat Mulia Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Sumber :- Khai Nor / Biogafi Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz.
No comments:
Post a Comment