12.12.2012, Rabu - Sekarang jam 20:22hrs dan hujan lebat mula turun sekarang nie di Rawang Residence. Daripagi tadi sampai sekarang ada masanya dalam perut sebelah kiri Syah rasa sakit. Sakit tu dari perut membawa kebawah hingga ke testis Syah. Ada masanya bila tekan bahagian perut akan rasa sakit ada masanya tak. Kadang kala kalau pegang perut ada masa-masanya akan sendawa. Pernah juga jadi macam nie dulu tetapi sekejap sahaja tetapi kali nie dari pagi tadi rasa tu kejap ada kejap tak ada. Tak tahulah mengapa........ Hehehehe ada-ada sahaja sakitnya kan. Tak apalah dugaan dari Allah dan mungkin ada kebaikan disebaliknya. Minta-minta oklah tu nanti. Doakan Syah sihat yer semua ......... Amin.
By the way hari nie busy sangat exspecially pagi tadi ada account briefing untuk proses penutupan akaun 2012 di TM Convention Center dari jam 09:00hrs hingga jam 13:00hrs. balik dari briefing Syah beli lunch dengan menu biasa Syah tu. Kemudian uruskan perolehan Towers Watson International dan Petty Cash. Untuk mudahkan kerja dalam hujan Syah jumpa vendor F&B untuk buat payment sebab nak segerakan petty cash recoupment memandangkan last submission untuk dokumen pada 19 Disember nie. Petang tadi juga ajen insuran Syah, Saidah datang ambil bill yang Syah hendak claim dengan pihak insurance semasa mendapatkan rawatan di Assunta lepas operation pertama hari tu. Tengoklah berapa yang Insurance boleh bayar balik dari bill dari berjumlah RM490.30 tu. Kalau dapat shukur alhamdulillah dan kalau tak dapatpun shukur alhamdulilah juga.
Ok lah semua Syah nak rehat nie coz dah dua kali rumah Syah trip. Biasalah kalau hujan selalu tak ada elektrik dan Syah kena onkan semula, macam ada yang tak kena dengan wiring rumah nie kot. Syah takut wiring yang kontraktor Indon tu buat masa renovation luar rumah Syah hari tu ada problem kot? Tapi dulu kalau guruh selalu automatik tu jatuh tetapi sekarang nie taklah kuat sangat guruh tetapi automatik tu jatuh juga. Masa buat Entry nie tengah bergelap dan sekarang Syah nak onkan automatik tu semula. Ok sehingga berjumpa lagi dilain entry............ Selamat Malam
No comments:
Post a Comment