06.12.2012, Khamis - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah menamatkan lawatan rasmi negara ke Republik Indonesia hari ini. Keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan menggunakan pesawat khas melalui Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma. Lawatan rasmi negara ini bermula 03.12.2012 dan berakhir hari ini 06.12.2012. Turut mengiringi keberangkatan pulan Seri Paduka Baginda berdua adalah Menteri Sosial Indonesia, Salim Segaf Al-Jufri yang merupakan menteri pengiring dari Indonesia bagi lawatan rasmi ini. Semoga perjalanan pulang Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah serta rombongan di lindung Allah hendaknya. Amin.
Malam tadi pula Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam Bersama Rakyat Malaysia di Indonesia. Dalam majlis ini baginda sempat beramah mesra dengan warga Malaysia yang berada di Indonesia. Turut serta dalam majlis ini adalah Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment