Sunday, December 30, 2012

Nurlin Mohd Salleh Mirip Wajah Nendanya Tuanku Bainun

30.12.2012, Ahad - Inilah dia Yang Mulia Nurlin binti Dato' Seri Mohd Salleh iaitu cucunda kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan  Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun. Cantik kan? mewarisi kecantikan dan keayuan Nendanya, Tuanku Bainun. Beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Yang Mulia Syed Haizam Jamalullail yang merupakan cucunda Almarhum Sultan Selangor dan Almarhum Raja Perlis.  Lulusan daripada University of Cambridge ini  berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Perunding Pengurusan di Boston Consulting Group di Kuala Lumpur. Nurlin meminati sukan berkuda dan telah mula berjinak-jinak dengan kuda seawal usia enam tahun dan bergiat secara kompetitif dalam usia sembilan tahun.  Ekwin negara ini Pernah mewakili Malaysia buat pertama kalinya dalam Sukan SEA 2011 di Indonesia serta beberapa kejohanan lainnya seperti di Belanda, Monaco dan Belgium.  Dalam Sukan SEA Indonesia beliau memenangi pingat perak  dalam kategori Jumping Team Mixed bersama-sama Sharmini Christina, Natasha Ines dan Mohd Nubil Fikri.  Gambar nie diambil ketika Nurlin sedang bersiap sebelum majlis resepsi perkahwinan beliau di Shangrilla Hotel pada 22 Disember lepas.

Ini pula adalah gambar Tuanku Bainun ketika majlis persandingan baginda yang diadakan di Rumah Kedah, Pulau Pinang pada 09 Disember 1955. Kecantikan dan kejelitaan Tuanku Bainun telah diwarisi oleh cucunda baginda, Nurlin.  Samakan wajah mereka.















Sumber :- Photo dari Koleksi Peribadi MBS dan Balqies Arafia / hmetro.com / sporthorsecm.com / thestar.com

No comments: