Tuesday, December 25, 2012

Hari Hol Sultan Iskandar Muda, Sultan Aceh

25.12.2012, Selasa - Semalam Isnin, 24.12.2012 telah diadakan Hari Hol Sultan Iskandar Muda yang ke 367 tahun. Dalam konteks masyarakat kita, Hari Hol adalah hari memperingati kemangkatan Sultan.  Di Malaysia hanya dua buah negeri sahaja yang mengistiharkan Hari Hol sebagai  Public Holiday iaitu Pahang dan  Johor.  Selain daripada itu Hari Hol disambut untuk membangkitkan kembali semangat kita untuk mengingati perjuangan, ketinggian ilmu, kemuliaan ahlak dan darjat sesorang insan yang pernah hidup dalam komuniti kita atau lebih mudah dikatakan sebagai Ikon kepada kita.  Sempena Hari Hol Sultan Iskandar Muda, satu Majlis Doa Selamat telah diadakan di Komplek Makam Sultan Iskandar Muda pada jam 08:00hrs manakala pada 27 Disember pula akan diadakan Majlis Aceh Berzikir di Mesjid Raya Baiturrahman Kutaraja (Banda Aceh) sempena hari hol ini.  Majlis akan bermula pada jam 19:30hrs dan Zikir akan dipimpin oleh Al-Mursyid Kyai Muda Abuya Syech Tgk. Haji Djamaluddin Waly Al-Khalidy. Jika anda berada di Banda Aceh pada 27 Disember nanti anda boleh menghadiri majlis ini.

Sultan Iskandar Muda merupakan Sultan Aceh yang paling terkenal dan termasyhur bukan sahaja di kepulauan Melayu malah keseluruh dunia dan telah berjaya meletakkan kerajaan Acheh diantara lima kuasa besar Islam pada zaman pemerintahannya pada 1607 hingga 1636.  Komplek makam Sultan Iskandar Muda terletak didalam kawasan Muzium Acheh.  

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh  Almarhun Sultan Iskandar Muda sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........

Sumber :- Teuku Nouf Levi Kash / TWK Waroul / Wikipedia

No comments: