Thursday, December 13, 2012

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap oleh Bakal-Bakal Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara

13.12.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap oleh Bakal-Bakal Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara.  Istiadat diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menyerahkan watikah perlantikan Ketua Perwakilan Malaysia ke luar Negara kepada Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Tajul Aman Mohammad.

Sumber :- Bernama

No comments: