20.12.2012, Khamis - Pada Khamis 13.12.2012 lepas stesyen television Al Ekhbariya melaporkan bahawa Raja Arab Saudi dan penjaga dua buah kota suci umat Islam, Raja Abdullah telah dibenarkan keluar dari National Guard King Abdulaziz Medical City. Raja Abdullah yang berusia 89 tahun berada di pusat perubatan berkenaan hampir empat minggu lalu kerana menjalani pembedahan dibahagian belakang baginda. Pembedahan selama 11 jam itu dilaporkan berjaya. Pasaran saham Arab Saudi merundum selepas seminggu baginda menjalani pembedahan disebabkan para pelabur bimbang dengan keadaan kesihatan baginda. Selama ketiadaan baginda, Putera Mahkota Salman mengambil alih tugas-tugas baginda sebagai Ketua Negara.
Sumber : Reuters
No comments:
Post a Comment