17.12.2012, Isnin - Semalam Syah ke Sungai Wang Plaza macam biasa untuk gunting rambut sebab rambut sudah panjang dan lari dari bentuk asalnya ala.............. bak kata orang untuk mengekalkan gaya. Beberapa bulan kebelakangan ini, Syah selesa dengan style nie. Syah keluar dari Rawang Residence jam 10:00hrs dan balik semula macam hari kerja biasa iaitu sebelum Insyak. On the way ke BB masa dalam bas nampak anak saudara Syah Haziq dan Firdaus. Lepas gunting rambut Syah solat Zohor di Bukit Bintang Plaza dan kemudiannya ke KLCC naik bas Go KL yang percuma tu. Tak sangka kat BB Plaza tu ada surau, selama nie ingatkan tak ada. Suraunya di tingkat atas. Sampai KLCC Syah Solat Asar sebelum ke Rasa Food Court untuk dinner. Malam nie terlebih makan pula seperti dalam gambar tu.
No comments:
Post a Comment