Monday, December 10, 2012

Sultan Pahang Hadiri Majlis Memperkenal dan Melancarkan Buku Biografi Rosmah Mansor

10.12.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Memperkenal dan Melancarkan  Buku Biografi Rosmah Mansor.  Buku biografi isteri Perdana Menteri ini didatangkan dalam 164 muka surat dan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia. Buku ini menceritakan pengalaman dan liku-liku kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor semenjak dari zaman kanak-kanak hingga kini. Majlis diadakan di Hotel Grand Hyatt di No. 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Kelihatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberikan cenderahati kepada Tuanku Ahmad Shah dalam majlis ini sambil diperhatikan oleh Sultanah Hajjah Kalsom, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia,   Shamsulbaharin Ludin.

Sumber :- Bernama/Utusan Online

No comments: