Saturday, December 1, 2012

Pakai Baju Melayu Semalam Dipagi Sabtu

01.12.2012 - Sabtu -  Pakai Baju Melayu Semalam DiPagi Sabtu ? ...heheheheh itulah terjadi pada Syah.  Actually semalam Syah stay @ Residensi Kak Lang di Ampang sebab hari nie Bonda Ejone akan balik kampung semula, so hendak spend some time dengan dia malam tadi. Bila sampai rumah Kak Lang baru Syah teringat yang Syah tak bawa seluar slack atau jeans.  Biasanya seluar dan baju Syah akan tinggalkan di rumah Kak Lang atau Syah make sure seluar yang Syah pakai hari  tu boleh guna untuk next day tetapi semalam lupa Syah pakai baju melayu.  Baju ada tetapi seluat tak ada.  Ingatkan hendak pakai track suite tetapi bila terfikir pasal kasut? takkan Syah hendak pakai track suit dengan kasut kerja...... nanti orang ingat Syah tak siuman pula dan kalau hendak pinjam selipar Kak Lang nanti satu kerja pula hendak pulangkan semula dan terpaksa jinjit kasut kerja.  Hemmm tak ada pilihan Syah ambil decision pakai semula baju melayu yang Syah pakai semalam.  Baju tu bersih lagi sebab Syah memang pakai t-Shirt kat dalam baju kerja Syah.  So nak kata ada bau peluh tu memang tak akan ada. 

Pagi nie rasa segan juga tetapi tak apalah ada juga orang pakai baju melayu hari lain selain hari Jumaat kan?. Dalam hati kata biarlah mereka ingat Syah akan hadiri function majlis perkahwinan sebab sekarang kan musim cuti sekolah orang buat kenduri kahwin.  Ada juga beberapa orang pandang-pandang Syah tadi ..........heheheheh apa-apapun hentam sahaja lah labu.  Sampai office Syah salin baju tu dan pakai track suite dan t-shirt.  Hari ini Syah kerja untuk siapkan payment budak-budak SL1M, dokumen tu Syah sudah minta my boss sign dulu dan baru semalam dapat final listing.  Ada sedikit perubahan amount pada yang berhenti dan Syah initial sahaja dan masukkan amount baru tu dan tak perlu boss sign lagi. Lepas tu buat semakan dengan final listing dan pastikan semua maklumat bayaran 108 orang  peserta program nie adalah betul, Syah buat salinan photostate dan masukkan dalam fail untuk dihantar ke bahagian akaun untuk diproses pada 05.12.2012 nanti.  Ini adalah last payment mereka dan semalam last day mereka kat TM.  By the way terima kasih kepada salah seorang peserta SL1M, Fazillah yang banyak membantu Syah dalam urusan bayaran kepada peserta SL1M ini.  Lepas ini hendak uruskan petty cash recoupment pula. Semalam, sebelum Syah bertolak ke Residensi Kak Lang Syah singgah KLCC untuk dinner dahulu dan lepas dinner lebih kurang jam 19:00hrs Syah naik bas dari KLCC untuk ke Ampang.  Orang ramai dan Syah terpaksa berdiri dan jalan Jem Giler semalam sampai sakit kaki Syah berdiri.  Sudah hendak sampai baru Syah dapat duduk, apa-apapun shukur alhamdulillah dapat juga duduk walaupun sekejap sahaja daripada berdiri terus.  


Nilah dia selepas salin baju melayu dan pakai baju-T dan track suite. Oklah semua Syah hendak sambung kerja dan lepas Asar nanti Syah akan balik ke Rawang Residence dan Insyallah kalau tak hujan hendak singgah ke pasar malam Jalan TAR.  Kalau terjumpa kat sana tegur-tegurlah Syah yer.............. sehingga berjumpa lagi dilain Entry, Byeeeeee ...............

No comments: