Tuesday, December 4, 2012

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Santapan Malam Di Istana Negara , Jakarta Tengah

04.12.2012, Selasa - Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah diraikan oleh Presiden Republik Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Ibu Ani Yudhoyono dalam Majlis Santapan Malam Negara sempena lawatan rasmi baginda ke Indonesia bermula semalam. Majlis diadakan di Istana Negara yang terletak di Jakarta Pusat.

Terdahulu pada sebelah paginya Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah telah menghadiri majlis istiadat sambutan negara sempena lawatan Seri Paduka Baginda Berdua ke Indonesia. Majlis diadakan di Istana Merdeka, Jakarta Pusat. Dalam majlis ini Tuanku Abdul Halim telah berkenan memeriksa barisan kehormat dan menandatangani buku pelawat Istana Merdeka.

No comments: