19.12.2012, Rabu - Pagi tadi Presiden Indonesia, Bapak Susilo Bambang Yudhoyonu yang berada di Malaysia selama dua hari untuk menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Dalam majlis ini Tuanku Abdul Halim yang juga merupakan Canselor Universiti Utara Malaysia telah berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Keamanan-Peace Leadership) kepada Presiden Indonesia sempena majlis konvokesyen khas UUM di Istana Negara.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment