Saturday, December 15, 2012

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Makan Malam Olyampian Ke-20

15.12.2012, Sabtu - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku  Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenaan menghadiri Majlis Makan Malam Olyampian ke-20.  Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semenjak tahun 1993 untuk mengiktiraf pencapaian atlet lelaki dan wanita negara.

Pada tahun ini Datuk Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak melalui acara badminton persorangan lelaki dalam Sukan Olimpik London 2012 Julai lepas telah terpilih  untuk menerima Anugerah Olympian Malaysia 2012 bagi kategori lelaki manakala kategori wanita dimiliki oleh ratu terjun negara Pandelela Rinong yang memenangi pingat Gangsa menerusi acara 10 meter platform dalam Olimpik London 2012.  Pingat dan wang tunai berjumlah RM10,000.00 telah disampaikan oleh Tuanku Abdul Halim kepada kedua-dua atlet berkenaan.

Turut serta dalam majlis ini adalah Presiden Majlis Olimpik Malaysia, YAM Tunku Muda Serting Tan Sri Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Sumber :- Bernama


No comments: