Tuesday, December 25, 2012

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

25.12.2012, Selasa - Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar diadakan pada hari Khamis  lepas bersamaan 20.12.2012 dan merupakan cuti umum bagi negeri Johor. Hari Hol merupakan tradisi diraja Johor dimana DYMM Sultan Johor dan kerabat diraja akan melakukan ziarah ke Makam Diraja Johor yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor. Mulai tahun 2011, Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar akan disambut mengikut kalender tahun Hijrah iaitu pada 06 Safar setiap tahun.  Pada Khamis lepas DYMM Sultan Ibrahim telah diiringi oleh YAM Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat tiba di Makam Diraja lebih kurang jam 09:00hrs.  Turut serta adalah Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Obet Tawil serta exco negeri.  Kaum keluarga diraja dan tetamu membaca Al-Fatihah dan kemudiannya kerabat diraja menyiram air mawar dan menabur bunga mawar di Makam Almarhum Sultan Iskandar.  Kelihatan DYMM Sultan Ibrahim menyiram air mawar di Makam Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar.  

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh  Almarhun Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........

Sumber :- Kesultananjohor.blogspot

No comments: