Friday, November 4, 2011

Undang-Undang Menentukan Pewaris Tahta British DiGubal Semula

04.11.2011, Jumaat - Dalam Persidangan Commonwealth pada Oktober lepas yang berlangsung di Australia, Perdana Menteri Britain, David Cameron telah mengemukakan cadangan agar pindaan berhubung pewaris tahta Britain dan larangan pewaris tahta berkahwin dengan Mahzab Roman Catholic digubal semula. Cadangan ini telaha mendapat persetujuan dan sokongan daripada 16 ketua negara yang bernaung dibawah Commonwelth dimana Baginda Queen Alizabeth II sebagai Raja. Dalam kenyataannya, David Cameron memaklumkan tradisi anak lelaki perttama dijadikan Raja walaupun anak sulung raja adalah perempuan dan larangan berkahwin dengan Catholic adalah sesuatu yang kunu dan janggal untuk dipraktikkan dalam sebuah negara moden yang pesat membangun.

Undang-undang yang ada sekarang bermula sekitar 1688 - 1700 bagi memastikan tahta Britain merupakan hak mutlak Mahzab Proteston dan mengharamkan pewaris tahta berkahwin dengan Roman Catholic sahaja. Perkara ini berlaku semasa pemerintahan King Henry VIII yang telah memutuskan hubungan dengan Rom sekitar pertengahan abad ke-16. Undang-undang ini dilaksanakan kerana pada masa itu Catholic dilihat sebagai satu ancaman besar kepada mereka. Walau bagaimanapun pemerintah England masih merupakan Ketua Gereja England.

Bagi pewaris tahta pula, seorang Raja akan dipilih daripada anak lelaki Sulung Raja seperti sistem yang kita gunakan dikebanayakan negeri beraja di Malaysia walaupun anak Sulong Raja adalah perempuan. Jika Raja tidak mempunyai anak lelaki baru anak perempuan diangkat menjadi Raja.

Walau bagaimanapun perubahan ini tidak akan melibatkan keturunan anak sulong Baginda Queen Victoria iaitu HRH Princess Royal Princess Victoria Adelaide Mary Loise yang kemudiannya bergelar Her Imperial and Royal Majesty The German Empress, Queen of Prussia (gambar diatas) apabila mengahwini Emperor German, Frederick III. Walau bagaimanapun sistem beraja German telah dimansuhkan pada 1918 dan keturunannya sekarang menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa di German.

Undang-undang ini diguna pakai bagi menentukan anak Sulung Duke dan Duchess of Cambridge, Prince William dan Kate menjadi bakal Raja seterusnya.

2 comments:

Radin87 said...

pembetulan syah :-
Prince Charles anak sulong kepada Queen Elizabeth II dan Prince Philip, Duke of Edinburgh.

Princess Anne, the Princess Royal adalah anak kedua. Dengan lain perkataan, adik kepada Prince Charles.

tengkusyah said...

Thanx Radin nanti sasya betulkan.