Thursday, March 1, 2012

Raja Thailand Menerima Mengadap Duke of York di Hospital

01.03.2010, Khamis - Semalam, putera kedua baginda Queen Elizabeth II, Prince Andrew, Duke of York telah mengadap Raja dan Permaisuri Thailand HM King Bhumibol Adulyadej dan Queen Sirkit di Hospital Siriraj tempat baginda dirawat. Prince Andrew dalam rangka lawatan rasmi ke Thailand sebagai tetamu King Bhumibol bermula 28.02.2012 hingga 03.03.2012. Lawatan ini bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga diraja diantara Britain dan Thailand disamping mempertingkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan diantara kedua negara.

Dalam pertemuan berkenaan, Prince Andrew menyampaikan ucapan penghargaan daripada Queen Elizabeth II kepada King Bhumibol sempena ulangtahun keputeraan baginda yang ke-84 pada 05 Disember lepas. Hari ini pula Prince Andrew dijadualkan menghadiri santapan malam bersama Princess Maha Chakri Sirindhom di Istana Sra Prathum.

Sumber : The Nation/Royaltynu

No comments: