27.03.2012, Selasa - Hampir jam 22:00hrs tadi, kontraktor Indonesian Adi Shaputra yang tersalah pasang tile tu datang bawa tile yang hendak diganti semula. Dia bawa isteri dan baby dia sekali. Masa datang dia beri salam dan Syah jawap. Syah minta dia tandakan wiring yang dia buat kat dinding Syah dengan marker pen supaya Syah tahu laluan wayar tu dan tak simply tebuk lubang nanti in future. Bila selesai kami berbincang dan dia kata kedai tu salah ambil tiles dan masa pasang tu dia minta orang lain pasangkan.
Lalu Syah informed dia "Awak bagi sahaja saya tile tu dan tak payah pasang kerana saya tak hendak menyusahkan awak. Benda dah jadi tak mengapalah" Dan dia mengaku yang dia salah dalam hal nie. Mukanya nampak gembira dengan apa yang Syah cakap tu. Lepastu Syah panggil dia masuk untuk tandatangan penerimaan baki upah dia. Lepas tu Syah nasihatkan dia supaya lain kali buat kerja hati-hati dan ikhlas, Syah kata "Bila orang upah awak buat kerja itu tanggungawap awak yang diamanahkan kepada kamu dan kena buat dengan betul. Rezeki yang dapat tu kena halal sebab itu untuk menyara anak isteri kamu". Dia mengangguk dan kemudian Syah salam dia dan ucap terima kasih.
Lega dan ringan rasa kepala Syah coz perkara nie dah settle. Betul lah kata orang, jiwa kita akan tenang jika kita maafkan kesalahan orang lain. Ye lah setelah berbincang dengan keluarga terutamanya atas nasihat Kekanda Syah Kak Long janet Syah maafkan dia. Semua orang buat salah dan mungkin satu hari nanti kalau Syah buat salah , orang lain pula akan maafkan Syah. Sebentar tadi Ayahanda call bertanyakan status perkara nie dan Syah kata dan settle dan gembira Ayahanda mendengarnya. Ialah diapun risau kalau jadi apa-apa yang tak elok pada Syah kerana Syah stay alone.
Oklah semua......GTG, Selamat Malam and Have A Nice Dreame..................................
No comments:
Post a Comment