31.03.2012, sabtu - Tahukah anda Pada 31.03.1969, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Almarhum) telah meletakkan batu asas bangunan Hotel Genting. Dalam ucapannya Almarhum Tunku berasa gembira kerana ada syarikat persendirian membantu kerajaan dalam membangunkan pusat peranginan berkenaan. Tunku juga berharap Genting Highland akan menjadi satu daya tarikan bagi menarik perhatian pelancung luar untuk mengunjungi negara ini. Pusat peranginan ini berharga 50 juta Ringgit didatangkan dengan pelbagai kemudahan asas seperti hospital, balai polis, pejabat pos, restoran dan seumpamanya. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T Sambanthan (Mendiang) dan Pengerusi Genting Highland Berhad, Tan Sri Mohamed Noah (Allahyarham) yang merupakan datuk kepada Perdana Menteri kita sekarang.
Sumber :- Arkib Negara
No comments:
Post a Comment