Thursday, March 15, 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Menghadiri Istiadat Pengurniaan Watikah Perlantikan Duta

15.03.2012, Khamis - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Watikah Perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Luar Negara. Dalam masa yang sama juga diadakah Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap sembila Duta Besar dan empat Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara ke Malaysia. Istiadat ini berlangsung di Bilik Singahsana Kecil, Istana Negara. Turut serta dalam istiadat ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Mohd Radzi Abd Rahman dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Senator A Kohilan Pillay. Kelihatan Tuanku Abdul Halim menerima watikah perlantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Nigeria, Bello Shehu Ringim.

Sumber :- Bernama

No comments: