04.03.2012, Ahad - Hari ini Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik telah berkenan menghadiri Larian Belia Hari Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Brunei ke-28 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei. Larian ini diadakan bertujuan untuk :-
- Memperingati Hari Kebangsaan Ke-28 yang bertemakan "Negaraku Brunei Darussalam"
- Mengeratkan hubungan silaturahim dan menjana integrasi dikalangan generasi belia dengan berbagai 'stakeholders' yang berkaitan diseluruh negara.
- Mengalakkan masyarakat Brunei mengamalkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dengan kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.
- Memupuk perpaduan, persefahaman dan kerjasama dikalangan lapisan masyarakat demi pembangunan dan kemajuan sukan untuk negara.
- Membentuk masyarakat yang berdisiplin, cekal dan berdaya saing ke arah membentuk Bangsa Brunei Cemerlang.
Sebelum perlepasan Pengiran Muda bersama-sama para peserta melakukan senamrobik. Larian ini juga diadakan dibeberapa daerah lain seperti di Daerah Tutong - Kompleks Sukan Tutong, Daerah Temburong - Taman Reakreasi Bukit Patoi - Kompleks Kemasyarakatan Pekan Bangsar dan Daerah Beliat - Pusat Insani Pekan Seria. Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan dalam larian ini iaitu :-
- 17 tahun kebawah (Lelaki) - 5km
- 17 tahun kebawah (Perempuan) - 5km
- 18 tahun keatas (Lelaki) - 10km
- 18 tahun keatas (Perempuan) -10km
- Berpasukan terbuka Lelaki ( 3 orang sepasukan) - 10km
- Berpasukan terbuka Wanita (3 orang sepasukan) - 10km
- Orang Berkeperluan Khas (OBK) - 3km
- Fun Run - 3km
Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke lima bagi setiap kategori. Setelah selesai Pengiran Muda telah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenangan Larian yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Sumber :- Infofoto/Larian Belia hari Kebangsaan
No comments:
Post a Comment