Tuesday, March 20, 2012

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Mercedes Benz Stylo Fashion Grand Prix 2010

20.03.2012, Selasa - Malam tadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan berangkat ke pertunjukan fesyen Mercedes Benz Stylo Fashion Grand Prix 2012 yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur. Tema pelancaran adalah "Fasion Fantasies in the Sky" dan Tuanku sendiri telah memotong riben sebagai tanda perasmian. Syarikat pereka fesyen Stylo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan penganjur majlis dan pertunjukan ini diadakan bagi mengangkat bakat pereka fesyen Malaysia ke peringkat antarabangsa disamping menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandaraya fesyen dunia.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Benz, Roland Folger. Seramai 10 pereka fesyen terkenal daripada Persatuan Pereka Bumiputera mempamirkan hasil kreatif mereka diantaranya Datuk Radzuan Radzwill, Nazreen Idris, Fizi Woo, Rahman Saif, Melvin Shah, Sandra Azwan dan Ramond Zack.

Sumber :- Bernama

No comments: