Tuesday, March 6, 2012

Raja Muda Perlis Melawat Kazakhstan International Halal Industry

06.03.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah melakukan lawatan ke pasaraya halal yang diusahakan syarikat Kazakhstan International Halal Industry di Astana, Kazakhstan. Tuanku dan rombongan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sekarang berada di Kazakhstan dalam rangka lawatan rasmi ke Uzbekistan dan Kazakhstan mulai 01 Mac lepas hingga esok 07.03.2012. Baginda dan rombongan telah diberikan penerangan oleh Marat Sarsenbayer, Presiden Syarikat Kazakhstan International Halal Industry dalam sesi lawatan ini. Kazakhstan International Halal Industry merupakan sebuah syarikat yang memberi tumpuan khusus kepada perniagaan produk halal termasuk kegiatan penyembelihan ternakan di sekitar Astana.

Sumber :- Bernama

No comments: