Friday, March 9, 2012

Mariam Aziz Dakwa Ditipu Pengawal Peribadinya

09.03.2012, Jumaat - Mariam Aziz yang merupakan bekas isteri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menuduh pengawal peribadinya Fatimah Kumin Lim mencuri dan menjual beberapa barang kemas bertatahkan berlian berupa gelang dan cincin yang dianggarkan bernilai RM57.17 Juta dan Fatimah kemudiannya menggantikan barangan berkenaan dengan replika palsu yang tidak berharga. Mariam mendakwa Fatimah menggunakan wang berkenaan untuk membayar hutang judi pengawal peribadinya itu. Kejadian ini berlaku dikediaman Mariam di Kensington, London.

Peguam Fatimah, Max Mallin ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi di London memaklumkan anak guamannya mengaku mencuri barangan tersebut ketika disoal siasat oleh Polis Brunei. Walau bagaimanapun, Fatimah kini mendakwa bahawa dia dipaksa membuat pengakuan itu. Fatimah memaklumkan bahawa dia sebenarnya telah diarah oleh Mariam untuk menjual barang kemas berkenaan untuk membayar hutang judi Mariam yang dibuat atas nama beliau.

Mahkamah juga turut dimaklumkan bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah juga ditipu ketika meminjamkan dua cincin berlian yang tidak dikembalikan kepada beliau semula. Afifa dalam kenyataannya memaklumkan "Fatimah meminta meminjamkan cincin berkenaan dua kali pada November dan Disember 2009 selama beberapa jam dan akan mengembalikan kepadanya dengan segera. Dia memberitahu saya dia ingin mengadakan satu perjanjian hartanah dan meminta untuk meminjam barangan kemas ibu yang bernilai tinggi"

Sama-samalah kita lihat apa nanti keputusan mahkamah dalam kes ini.

Sumber :- Utusan Malaysia

No comments: