19.03.2012, Isnin - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara ke Malaysia. Diantara yang terlibat adalah Duta Besar Republik Somalia, Duta Besar Republik Belarus, Duta Besar Republik El Savador, Duta Besar Republik Islam Mauritania, Duta Besar Samoa, Pesuruh Jaya Tinggi Republik Mozambique, Duta Besar Republik Iceland, Duta Besar Republik Hungry, Duta Besar Republik Hellenik (Greece), Duta Besar Republik Armenia, Duta Besar Republik Portugal, Pesuruhjaya Tinggi Republik Botswana dan Duta Besar Luxembourg.
Turut serta dalam istiadat yang diadakan di Istana Negara ini adalah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Mohd Radzi Abd Rahman. Kelihatan Tuanku Abdul Halim menerima watikah perlantikan dari Duta Besar Republik Armenia, Ara Hakobyan.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment